married

Daisypath Anniversary tickers

wrote

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 27, 2010

trouble is a friend

btol ke?...emm...

kadang2 ade jgak...tp depends la sape yg jd frens kte tu kn?

i luv my fwenz...but this song very hot!..juz share



note : sory coz bsar sngt..dh abes edit da tuu

Sunday, May 16, 2010

namaku...


  • nurul ain yang bermaksud cahaya mata nama ku, aku punya mak abah yang paling memahami diriku, serta anak-anak nya yang lain, aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga islam dan aku pasti aku memang terpilih dari yang terpilih...


  • ibrahim pula nama abah ku, seorang yang tegas tapi kelakar, seorang yang tidak pernah kenal penat lelah,tidak pernah bosan untuk mencari wang semata-mata untuk keluarga tesayang

  • yasimah pula nama mak aku, seorang yang lemah lembut, tapi garang.....masakan nasi dagang antara yang paling sedap...memang sdap....
  • *akak minta maaf mak...sbb telalu dingin rasanya hubungan kita...akak dah cuba yang terbaik untuk menjadi anakmu...harap2 perhubungan kita ni dapat dipulihkan...amin..peace...



Friday, May 14, 2010

surat untuk mak & abah

Assalamualaikum...

Mak Abah, apa khabar sekarang?akak harap semua sehat sejahtera hendakNya..akak terpanggil nak buat surat ini,entah bila mak abah akan baca akak tak tahu la..
akak bersyukur dilahirkan oleh seorang ibu yang paling sporting dan tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu. begitu juga abah...akak sangat2 bersyukur...
dan yang terpenting adalah akak dilahirkan dalam keluarga Islam...amin....
Mak, Abah...
seperti yang mak abah nampak dan berkali-kali juga mak tegur...akak bukan la menjaga aurat seperti suruhan ALLAH..sekurang-kurangnya akak menutup rambut akak....akak tahu aurat diantara ipar juga penting..tapi akak tetap bertegas tak nak pakai tudung depan mereka..mungkin akak dah terbiasa..maafkan akak ye mak..akak da cakap kan kat mak..mak da tegur...anak mak ni pon da baligh...mak jangan risau...anak mak ni sentiasa ada niat untuk perubahan 1 ari nnti...Insyallah..doa mak sentiasa akak ingat..amin...

Abah,
banyak kenangan yang kita cipta yang orang laen x nampak tapi hanya mendengar..akak tak taw akak boleh x tulis kat sni sbb akak akan menangis, sekarang pon akak da mnangis..akak amat sayangkan abah...abah seorang yang kuat..akak tahu...akak boleh nampak...paling akak tak boleh lupa dan akak kenang sampai bila-bila...
abah pernah ambik akak naek motor dari asrama (habis SPM)..dengan barang2 yg begitu banyak...akak malu sangat masa tu..akak tak pikir apa2...akak mintak maaf..lepas SPM akak baru sedar pengorbanan abah utk akak...terima kaseh abah......

sekarang...hidup akak hanya untuk mak & abah...akak cuba buat yang mana akak mampu..tapi......
akak juga punya hati,perasaan & nafsu....dosa demi dosa anakmu ini lakukan..akak tak nak kongsi dengan mak abah sebab akak takut....takut mak abah akan tanggung dosa akak...kalau mak abah tahu tapi tak halang...akak harap akak sempat bagitahu semua ini sebelum akak menutup mata ini untuk selama-lamanya...akak mintak maaf mak abah...akak mintak maaf...

mak abah...senyuman mak abah adalah paling mengembirakan akak....akak sentiasa ingat...masa abah gurau ngan mak...masa mak peluk abah...akak ingat sampai sekarang...saat ini...akak sayangkan mak abah...
tak terpikir 1 ari nanti...ALLAH pasti akan ambil kita semua..cuma tak tahu,siapa dlu antara kita...akak takut.....akak tak nak pikir langsung...tapi bila abah cakap...."kalau abah mati nanti, pandai2 la korang bahagi harta"
akak tak suka....tapi 1 ari nanti..akan tiba..akak harap akak kuat menempuh ujian dari ALLAH itu...amin..

akak harap akak dah buat mak abah bangga...dan akak berjanji...selepas ini...akak akan ubah diri akak demi mak & abah...

Ya ALLAH....kau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang soleh & solehah..amin

sekian......harap 1 ari nanti mak abah akan baca...

love.....anak mu...

my mom story part II

Lagu “kau milik siapa”, mengingatkan aku peristiwa aku dengan kakak ku di tapak pecan sehari temerloh, lagu itu dimainkan oleh budak-budak menjual kaset-kaset disitu,selepas membeli barang aku disuruh kakak turun dahulu kebawah menaiki motor air (bot@kapal),dahulu mana ada jalan darat. Aku pun turun tanpa menanggalkan kasut, sampai sahaj aku di pelantar air, aku mencari motor air pak sedara aku. Setelah puas ku tinjau namaklah motor air itu jauh dibelakang, untuk sampai ke situ aku terpaksa melalui motor air-motor air lain dahulu, aku mencuba untuk naik motor yang paling dekat denganku, tapi dengan tidak ku sangka kakiku tergelincir dan “kecubur!!!” aku terus jatuh ke dalam sungai Pahang. Apalagi aku menjerit meminta tolong, nasib baik tanganku pantas menyambar rantai yang disambung ke pokok ditebing sunai, bergayutlah aku sebelum aku diselamatkan olh seseorang yang sedang menimba air didalam motornya, separuh barang-barang yang dibeli hanyut dibawa arus, semua orang ditabing menjerit “anak siapa jatuh?”berulang-ulang kali, aduh malunya, sudahnya aku dimarahi kakak, semua pakaian ku basah kuyup,aku diberi pinjam kaen batik oleh ong yang menyelamatkanku tadi, samapai sekarang bila ku lalu disitu aku tersenyum sendirian.

Thursday, May 13, 2010

my mom story...

Aku membesar tanpa ayah disisi, ayah pergi kerana menghidap kanser dalam perut..ketika itu usiaku 6 tahun…usia ibu 40 an, masih muda, tapi taat ibu pada ayah tidak dapat ditanding lagi..walau ramai yang cuba melamar ibu, tapi hati ibu tertutup menerima cinta buat kali kedua, membesarkan kami 6 beradik dengan bertemankan tulang empat kerat…walaupun sukar tapi ibu tidak patah semangat…hinggalah aku tamat belajar sampai darjah 6 sahaja…aku tidaklah bodoh sangat, tapi kerana kemiskinan hidup, aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah…hidup kami cukup sengsara waktu itu..kais pagi makan pagi…adakalanya ibu tak makan walau sebutir nasi…bila ditanya kenapa ibu tak makan?ibu tersenyum lantas menjawab ibu dah kenyang, aku tahu ibu bohong pada kami…setelah kami semua berumah tangga, ibu telah menghabiskan waktunya di surau, berjemaah dengan orang kampong…kadangkala kami menjenguk ibu, bawa sedikit buah tangan, ialah kami bukannya senang sangat, tapi kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. masanya kami bawa ibu tinggal dengan kami, tapi orang tua habis lamanya dua malam sahaja, bimbangkan ayam itik yang ditinggalkan..hinggalah pada suatu hari ibu datang ke rumahku dalam keadaan uzur, seluruh tubuhnya membengkak, ketika itu aku masih di tempat kerja, bila suami datang menjemputku, aku bertanya kenapa?tapi suamiku tak menjawabnya…hatiku berdebar-debar…tibanya di rumah aku lihat ibu senyum tawar, seolah-olah dia dalam kesakitan..28 hari ibu berada di rumahku, aku menerima ujian yang amat berat sepanjang bu bersamaku, aku terpaksa membahagi kasih antara ibu,suami dan anak-anak. Bermacam-macam karenah aku hadapi, betul-betul menguji kesabaranku ketika itu, adik beradikku jarang-jarang sekali datang menjengah…dalam ramai anak-anaknya aku jadi pilihan buat ibu, aku pun tak tahu kenapa…pada 25hb Julai 1993 ibu tak lalu makan…tepat jam 11.45 pagi ibu pergi buat selama-lamanya, adapun anak menantu serta cucu-cucunya, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir..ibu pergimu diiringi doa dari anak-anakmu..baru lah aku tahu ibu menghidap penyakit kanser hati.

~~bau syurga~~

some of my mind thinking about syurga...mase kecik2...mase bsor2 pon ade....layakkah aku?

wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, tapi tak pula aku sanggup ke nerakaMu...

sungguh...

  • cantik nye syurga
  • indahnya tak dapat digambarkan
  • bidadari yang cantik
  • boleh mintak apa sahaja
  • bahagia hingga akhir hayat
  • tdo atas bantal mutiara
  • bawahnya ada air sungai yang boleh diminum...seperti susu
  • sangat cantik.........
banyak lagi.......

Thursday, May 6, 2010

sad

pertama kali aku rasa aku tak tahu nak menangis kerana apa....sedihnya hati aku ketika ini,

susahnya aku nak melepaskan perasaan ini jauh-jauh...kenapa ya?

pertama kali aku rasa aku kerdil di hadapan ALLAH, aku banyak dosa padaNya,

Maafkan hambaMu ini YA ALLAH, aku menadah tangan untuk berdoa...kenapa aku malas untuk

sujud kepadaMU YA Rabbi,

Kau bukakanlah pintu hatiku,

mungkin perasaan ini datang kerana aku dah lama tak meminta mohon dan kekuatan dariMU,

aku manusia YA ALLAH, bagi la aku hidayah MU, jauhkan lah aku dari perkara-perkara

mungkar....

aku takut bertaubat, sesungguhnya Kau selalu membentangkan kami keampunan, siang malam ,

tetapi kenapa aku begini?

siksanya hidup tanpaMU.....

Mungkin ini yang aku cari, yang aku sedih ketika ini, aku dah tahu kenapa, syukur PADAMU, aku tahu KAU amat sayangkan makhlukMU.....


amin