married

Daisypath Anniversary tickers

wrote

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 13, 2009

maSaLah o pRobLem

Semua orang ada masalah,, yang tak pasti, bila ia akan habis. Harap satu hari nanti, sebelum kita menutup mata, masalah yang selalu membelengu hidup kita ni..akan jauh dari kita, or mean… tak payah pikir apa masalah itu..seronoknya......

Tapi sebagai manusia biasa, apa la sangat yang boleh kita buatkan? Masalah akan datang melanda even kecik pon. Susah sangat rasa ada perasaan..kena jugak la terima even kite rase sesuatu tu susah nak terima. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan lah mengeluh seperti apa yang aku buat ni, bak kate org..dont try this sat home..hehe..

Bila cerita pasal perasaan ni, banyak pulak yang selalu bermain-main dengan kita kan? Tak kira la dalam hati ataupun di mata kasar..sesungguhnya, bila makin meningkat dewasa ni, banyak sangat, cinta contohnya, rakan-rakan seperjuangan, alam pekerjaan, bos, keluarga, dan yang paling utama sekali ialah dengan YANG MAHA ESA.

Entah la, seperti manusia lain, aku punya kehendak yang tinggi dari keperluan hidup. Ada ke orang yang betul-betul bersyukur ek? Walau sekecil zarah sekali pun?takkan dia tak pernah mengeluh? Kalau la ada, bagusnya dia..cemburu aku dengan orang yang macam tu..seronok kan?


*****************

~~~~peRmuLaan kaTa~~~~

seLepas ape yang telah tejadi..aku kadang-kadang terasa seperti tidak ada apa-apa lagi yang perlu aku pertahankan...tapi..bila fikir-fikir balik..semua orang pernah melakukan kesalahan..termasuklah aku..aku sendiri pun tidak pasti apa yang aku dah buat tu, akan memerangkap diri ini suatu hari nanti ataupun tak? harap tak la..dunia sekarang?tak sama langsung dengan dunia dulu..jauh berbeda...mengapa semua ni terjadi ek?betullah kata orang..masa tidak boleh berputar balik..jadi hargai lah apa yang kita ada..

kalau lah..kalau lah...kan?masa boleh diputar balik...seronoknya jadi diri sendiri..sekarang? entah laa..aku bersyukur sebenarnya, tapi pada masa yang sama aku pon ade jugak tertanya-tanya, kenapa kita semua dilahirkan ke dunia ini? Mungkin jawapan yang 1 itu tidak boleh memuaskan hati aku..ialah...sebagai khalifah di muka bumi ini kan?

Tapi biasala manusia mcam aku ni..mana ada perasaan puas hati..padahal..dah ada dalil dah menunjukkan ALLAH sayang kepada semua makhlukNYA..

ALLAH dah buat bermacam-macam orang kat dunia ni, dengan pelbagai rupa dan bentuk..ALLAH dah melakarkan takdir kita sebelum kita lahir lagi..apa yang ada pada kita ni, hanya untuk pinjaman..tapi, kenapa aku tak boleh terima semua tu? Walaupun aku tahu semua tu?susah sangat kan nak percaya pada angin yang tengah bertiup walhal kita rase ia ada..sebab kita tak nampak ia. Macam pahala dan dosa..kalau la aku boleh nampak semua tu di kiri dan kanan aku, alangkah seronoknya aku dapat mengutip pahala-pahala yang semakin hari semakin jatuh ditindas dosa-dosa yang kufur itu?

Wallahualam..

************