Aku membesar tanpa ayah disisi, ayah pergi kerana menghidap kanser dalam perut..ketika itu usiaku 6 tahun…usia ibu 40 an, masih muda, tapi taat ibu pada ayah tidak dapat ditanding lagi..walau ramai yang cuba melamar ibu, tapi hati ibu tertutup menerima cinta buat kali kedua, membesarkan kami 6 beradik dengan bertemankan tulang empat kerat…walaupun sukar tapi ibu tidak patah semangat…hinggalah aku tamat belajar sampai darjah 6 sahaja…aku tidaklah bodoh sangat, tapi kerana kemiskinan hidup, aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah…hidup kami cukup sengsara waktu itu..kais pagi makan pagi…adakalanya ibu tak makan walau sebutir nasi…bila ditanya kenapa ibu tak makan?ibu tersenyum lantas menjawab ibu dah kenyang, aku tahu ibu bohong pada kami…setelah kami semua berumah tangga, ibu telah menghabiskan waktunya di surau, berjemaah dengan orang kampong…kadangkala kami menjenguk ibu, bawa sedikit buah tangan, ialah kami bukannya senang sangat, tapi kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. masanya kami bawa ibu tinggal dengan kami, tapi orang tua habis lamanya dua malam sahaja, bimbangkan ayam itik yang ditinggalkan..hinggalah pada suatu hari ibu datang ke rumahku dalam keadaan uzur, seluruh tubuhnya membengkak, ketika itu aku masih di tempat kerja, bila suami datang menjemputku, aku bertanya kenapa?tapi suamiku tak menjawabnya…hatiku berdebar-debar…tibanya di rumah aku lihat ibu senyum tawar, seolah-olah dia dalam kesakitan..28 hari ibu berada di rumahku, aku menerima ujian yang amat berat sepanjang bu bersamaku, aku terpaksa membahagi kasih antara ibu,suami dan anak-anak. Bermacam-macam karenah aku hadapi, betul-betul menguji kesabaranku ketika itu, adik beradikku jarang-jarang sekali datang menjengah…dalam ramai anak-anaknya aku jadi pilihan buat ibu, aku pun tak tahu kenapa…pada 25hb Julai 1993 ibu tak lalu makan…tepat jam 11.45 pagi ibu pergi buat selama-lamanya, adapun anak menantu serta cucu-cucunya, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir..ibu pergimu diiringi doa dari anak-anakmu..baru lah aku tahu ibu menghidap penyakit kanser hati.